Friday 22 March 2013

TAWARAN BIASISWA YAYASAN TM

TAWARAN BIASISWA YAYASAN TM

Pihak Yayasan Telekom Malaysia (YTM) telah membuka permohonan biasiswa/pinjaman kepada pelajar MMC.

1. Pelajar SPM 2012 yang ingin melanjutkan pengajian di MMC
... 2. Pelajar tahun satu Diploma MMC yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang.
3. Anak-anak anggota MMC yang sedang belajar di tahun satu Diploma MMC.

Syarat permohonan:
1. Ambilan April, Julai dan Novem...ber 2012.
1.1 Untuk Ambilan November 2012 ( sila gunakan result SPM)
1.2 Memperolehi sekurang-kurangnya 5B dalam subjek wajib berkaitan kursus

Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat

o Bahasa Inggeris
o Matematik
o Matematik Tambahan
o Fizik
o Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan

Pengurusan

o Bahasa Inggeris
o Matematik
o Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Teknologi Maklumat/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Biologi/ Sains.
o Geografi/ Ekonomi Asas/ Prinsip Ekonomi/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Sejarah

2. Had umur - tidak melebihi 20 tahun semasa tarikh permohonan.
3. Pelajar mesti mendapat kelulusan minima CGPA 3.0

Bidang tajaan:
1. Kejuruteraan perhubungan, elektronik dan elektrik
2. Teknologi maklumat, sains komputer dan perisian
3. Pengurusan dan perakaunan

Tarikh permohonan adalah dari 21 Mac 2012 (Khamis) – 30 Mac (Ahad)

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar dan warga kerja MMC seluruh cawangan di Malaysia melalui facebook, notis serta lain-lain saluran.

Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk di portal Yayasan TM,
http://www.tm.com.my/ytm

No comments:

Post a Comment