Sunday 30 December 2012

Kepada semua pelajar lepasan SPM & STPM 2012
Permohonan ke IPTA/Politeknik/ILKA akan dibuka 7 Januari nanti...diharapkan maklumat di bawah dpt membantu anda.

Tarikh Permohonan & pembeliaan no. unik ID : 7/1/2013 hingga 15/4/2013
Permohoh...an melalui : http://upu.mohe.gov.my/

Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013

Kategori Permohonan :

LEPASAN STPM/SETARAF
------------------------------
Kategori A – STPM 2012 aliran Sastera
Kategori S – STPM 2012 aliran Sains
Kategori P,N,U,L,K,J - Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2012/2013

Kategori T - STAM tahun 2012 atau 2011 sahaja

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
----------------------------------------------
Kategori E - Aliran Sastera
Kategori F - Aliran Sains
• Lulusan STP/HSC/STPM tahun 2011 atau sebelumnya; atau
• Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2011 atau sebelumnya; atau
• Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya;
• Lulusan Diploma dari IPTA/ Politeknik/ DKM/ IPTS;
• Lulusan Sekolah Sukan Malaysia;
• Kelayakan A-Level, IBD, AUSMAT, UEC dan sebagainya.
• Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA


LEPASAN SPM/Setaraf
--------------------------
Kategori A - SPM tahun 2012 sahaja.
Kategori B - SPM tahun 2010 atau 2011.
Kategori C - SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.4.
Kategori D -
SPM 2010 dgn ulangan SPM 2011 atau,
SPM 2010 dgn ulangan SPM 2012 atau,
SPM 2011 dgn ulangan SPM 2012.

*Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.

**Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA.