Tuesday 18 June 2013

SEMINAR MOTIVASI PMR & SPM & STPM SMK MUHIBBAH 2013

SEMINAR MOTIVASI PMR & SPM & STPM SMK MUHIBBAH 2013 

 * satu program anjuran bersama PIBG & UBK akan berlangsung pada 06 July 2013 (Sabtu) 7 pagi - 1 petang, bertempat di SABAH HOTEL SANDAKAN....penceramah jemputan khas : En Pandir , hebat-hebat tau....bertemu kita kat sana..Semoga pelajar-pelajar disuntuk semangat utk terus berjuang demi masa depan!!!!


Saturday 27 April 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 boleh disemak di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Permohonan anda ke IPTA masih akan diproses seperti biasa walaupun anda telah berjaya mendapat tawaran di Matrikulasi
KPM.

Rayuan ke Program Matrikulasi KPM dibuka secara online mulai 25 April 2013 sehingga 9 Mei 2013 secara online dan keputusan rayuan akan diumumkan pada awal bulan Jun 2013.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan

Wednesday 24 April 2013

SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014 BOLEH DIBUAT PADA HARI INI DALAM PORTAL KPM

 
 
SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014 BOLEH DIBUAT PADA HARI INI DALAM PORTAL KPM DI ALAMAT http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/...

BAGI PELAJAR YANG TIDAK BERJAYA :
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Sesi 2013/2014 boleh membuat RAYUAN SECARA ONLINE mulai 24 April sehingga 14 Jun 2013 .
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 14 Jun 2013 tidak akan dipertimbangkan.

* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2012 ini.

Monday 8 April 2013

CAREER & EDUCATION FAIR 2013

TERIMA KASIH atas sokongan semua pihak dalam menjayakan Career & Education Fair SMK Muhibbah 2013
 
 
 
 
 

Wednesday 3 April 2013

Sertai kami dalam Career & Education Fair SMK Muhibbah 2013

 

Program ini terbuka kepada komuniti, pelajar lepasan sekolah, ibu bapa dan pelajar.

Untuk makluman, lebih daripada 20 unit termasuk agensi kerajaan dan IPTA & IPTS akan datang bersama pada hari tersebut.  Antaranya: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPA) kota kinabalu, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sabah (JKKP), Jabatan Tenaga Kerja Sandakan (JTK), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN), Politeknik Sandakan Sabah, Kolej Kejururawatan Sandakan, Giatmara Sandakan, Tunku Abdul Rahman College (TAR), Open University Malaysia, RJ Education Service, EduQuest Education, Kolej Poly-Tech MARA (Sempurna), Masterskill Global College, Kolej Antarabangsa ASEANA, Top English Centre (TEC), Gloria Beauty Training Academy, INTI college, Kinabalu Commercial College (KCC), Inter-Excel college, Kolej Islam Sains &Teknologi (KIST), ICAN college, KIARA college....
Sertai kami dalam Career & Education Fair SMK Muhibbah 2013 pada 08 April 2013 (Isnin).
Jangan lepaskan peluang keemasan ini....

Monday 1 April 2013

Friday 29 March 2013

Perbandingan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 & Diploma

Ramai pelajar bertanya : " Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 & Diploma, yang mana bagus?"
...inilah jawapan yang mungkin membantu anda...Semoga maju jaya!!!

Tuesday 26 March 2013

Program pengajian IPTA yang telah mendapat perakuan akreditasi

Program pengajian IPTA yang telah mendapat perakuan akreditasi di:
www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm
Carian Kelayakan | Institusi Awam | Universiti



Senarai IPTA yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTA yang diterima
setakat 22 Mac 2013. Jumlah program pengajian IPTA yang telah mendapat Perakuan Akreditasi setakat ini adalah sebanyak 1211.
Semua kelayakan yang didaftarkan dalam MQR adalah tertakluk kepada pemantauan oleh MQA yang dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan program tersebut memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan dan ia adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

Nama IPTA:

BIL

NAMA IPTA NEGERI
1
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Selangor
2
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Pahang
3
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
WP Kuala Lumpur
4
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
WP Kuala Lumpur
5
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Selangor
6
Universiti Malaya (UM)
WP Kuala Lumpur
7
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Kelantan
8
Universiti Malaysia Pahang (UMP)(Nama Lama : Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM))
Pahang
9
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)(Nama Lama : Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM))
Perlis
10
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Sabah
11
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Sarawak
12
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Sarawak
13
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)(Nama Lama : Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia (KUSTEM))
Terengganu
14
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Perak
15
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
WP Kuala Lumpur
16
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Selangor
17
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)(Nama Lama : Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM))
Negeri Sembilan
18
Universiti Sains Malaysia (USM)
Kelantan
19
Universiti Sains Malaysia (USM)
Pulau Pinang
20
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)(Nama Lama : Universiti Darul Iman Malaysia (UDM))
Terengganu
21
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Terengganu
22
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)(Nama Lama : Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM))
Melaka
23
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Johor
24
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Selangor
25
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Selangor
26
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)(Nama Lama : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO))
Johor
27
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Kedah

Program Khas Lepasan SPM -iklan MARA

Iklan Rasmi Program Khas 2013 - Maklumat penuh program ditawarkan akan mula dimuat naik mulai 20 Mac 2013 selepas jam 5 petang di Facebook rasmi dan juga laman web MARA

Friday 22 March 2013