Sunday 30 December 2012

Kepada semua pelajar lepasan SPM & STPM 2012
Permohonan ke IPTA/Politeknik/ILKA akan dibuka 7 Januari nanti...diharapkan maklumat di bawah dpt membantu anda.

Tarikh Permohonan & pembeliaan no. unik ID : 7/1/2013 hingga 15/4/2013
Permohoh...an melalui : http://upu.mohe.gov.my/

Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013

Kategori Permohonan :

LEPASAN STPM/SETARAF
------------------------------
Kategori A – STPM 2012 aliran Sastera
Kategori S – STPM 2012 aliran Sains
Kategori P,N,U,L,K,J - Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2012/2013

Kategori T - STAM tahun 2012 atau 2011 sahaja

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
----------------------------------------------
Kategori E - Aliran Sastera
Kategori F - Aliran Sains
• Lulusan STP/HSC/STPM tahun 2011 atau sebelumnya; atau
• Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2011 atau sebelumnya; atau
• Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya;
• Lulusan Diploma dari IPTA/ Politeknik/ DKM/ IPTS;
• Lulusan Sekolah Sukan Malaysia;
• Kelayakan A-Level, IBD, AUSMAT, UEC dan sebagainya.
• Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA


LEPASAN SPM/Setaraf
--------------------------
Kategori A - SPM tahun 2012 sahaja.
Kategori B - SPM tahun 2010 atau 2011.
Kategori C - SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.4.
Kategori D -
SPM 2010 dgn ulangan SPM 2011 atau,
SPM 2010 dgn ulangan SPM 2012 atau,
SPM 2011 dgn ulangan SPM 2012.

*Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.

**Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA.

Wednesday 31 October 2012

perhatian kepada semua pelajar SPM 2012& STPM 2012

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

Harga pin number yang dijual di BSN
lepasan SPM/setaraf RM10.60
lepasan STPM RM15.60


Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik(TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA).
 
No. Telefon UPU : 03-8870 6767 / 03-8870 6777
Isnin - Jumaat WAKTU PEJABAT
(Kecuali cuti am / cuti umum)


 

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2012/2013


29 Oktober hingga 11 November 2012 - Permohonan Kemasukan Ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2012/2013
http://e2.uthm.edu.my/ppa/mohonmasuk/

Untuk bantuan lanjut sila hubungi :
No. Telefon : 07-4537689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7686/ 7684
No. Faks : 07-4536085
Emel : pa@uthm.edu.my



Monday 15 October 2012

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013



Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 telah dibuka...pelajar tingkatan 3 (tahun 2012) yang berminat, cepatlah bertindak!!! Permohonan secara on-line dalam sesawang Kementerian Pelajaran malaysia yang berikut:
 http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya


03-88845154

Monday 8 October 2012

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM & STPM

 Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 2 2012/2013 pada ‎1 Oktober 2012 hingga 31 Oktober 2012 -
http://www.online.uitm.edu.my/

Untuk bantuan lanjut sila hubungi :
No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175 / 1374 / 1375
...
Faks: (+603) 5544 3170
Emel: bpp@salam.uitm.edu.my

Friday 21 September 2012

Permohonan Mengikuti Program Diploma UPSI Ambilan November Sesi 2012/2013

Permohonan Mengikuti Program Diploma UPSI Ambilan November Sesi 2012/2013 - http://www.upsi.edu.my/online/

Tarikh permohonan : 19 September 2012 hingga 03 Oktober 2012
Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online & Dokumen ke UPSI : 13 Oktober 2012

...
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 05-450 6932/ 6930/ 6923
emel : akademik@upsi.edu.my

Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 30 November 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

-UPU-
 

Monday 6 August 2012

KEMASUKAN PENGAMBILAN UiTM

kepada ex-student::
PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN PENGAMBILAN SESI AKADEMIK 2 2012/2013 telahpun DIBUKA BERMULA 2 JULAI 2012, tarikh tutup permohonan pada 26 OGOS 2012..Cepatlah bertindak!!!

Wednesday 25 July 2012

Sesi Perkongsian Rahsiah Kejayaan Nurfirzanah Mohd Amin, Genetik (UKM) & Safira Hanim Safiey, Dentish & Surgery (University of Alexandria, Egypt) bersama pelajar 5Sc1 hari ini...terima kasih

        
Nurfirzanah Mohd Amin (kiri); Safira Hanim Safiey (kanan)
Gambar bersama pengetua,  Cik Lim Li Li
Gambar bersama Penolong Kanan, Datin Noorazizah


Nurfirzanah Mohd Amin, Genetik (UKM)

 Safira Hanim Safiey, Dentish & Surgery (University of Alexandria, Egypt)









Friday 13 July 2012

Syabas dan Tahniah kepada pelajar yang mendapat tawaran IPTA hari ini...

khas buat semua ex-student yang disayangi, tahniah kepada yang sudah mendapat tawaran IPTA; kepada yang belum,jangan putus asa,buat rayuan segera dan mohon SPA pada masa yang sama... 

Sila post pada blog ubk smk muhibbah, tawaran IPTA anda untuk rekod kemenjadian pelajar dan kita meraihkan bersama kejayaan anda..selamat maju jaya!

Congratulation To All:

1.  Chia Chee Hee             -UTHM *Mechanical Engineering
2.  Amaan Abdullah          -UMP *Kejuruteraan Kimia-Teknologi Gas
3.  Firzanah Bt Mohd Amin-UKM *Sains Genetik
4.  Mohd Asyri B Robinson-UPM *Komputer Sains&Komunikasi
5.  Stephanie Clare              - UMS *international financial
6.  Ayien Natasha Najwa    - UTM *pengurusan sistem pejabat
7.  Muhamad Azrulzaman  -UMS *eko. sumber manusia
8.  Evon Chong                   -UPSI *Tesl
9.  Ruby Adawiyah             -UUM *Pentadbiran Perniagaan
10. Suhaya Aras                 - UMS *Perladangan Hutan&Pertanian
11. Mohamed Abu Baker   -UMK *logistik
12. Erickvon                       -UMS *Islamic Finance
13. Norsina Japar                -UMS *Islamic Finance
14. Sam Voon Tein Sim      - UMS *International Financial
15. Adam Malik                  -UNIMAS *Sains Sukan
16. Ardian Sha                    -UNIMAS *Sains Sosial-Perancangan & Pengurusan Pembangunan 
17. Andi  Habibi                 -UNIMAS *Sains Sukan
18. Salmia Hamsah             -UiTM*Perbankan Antarabangsa
19. Vera Sazrianah              -UUM *Perhubungan Awam
20. Jaima Hussein               -UITM *Perkhidmatan Pelanggan
21. Rebecca Zakaria           -UMS *Perhotelan
22. Chong Joon Vui            -UMS *Banking
23. Rahmat Nasrul              -UMS *Komunikasi
24. Mariani                          -UPSI
25. Simon Fong Nyuk Han -UMS
26. Sirhana Faizal               -UMS

27. Mohd Edika Syah         - UNIMAS*Sains Sosial-kajian komunikasi
28. Norhazimah Rizwan Marukis -UNIMAS*Kajian Politik &Pemerintahan

Thursday 12 July 2012

hangat sekarang: semakan kemasukan IPTA dibuka hari ini!!!

Dimaklumkan bahawa Sistem Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 telah dibuka dengan rasminya untuk capaian dan semakan calon.
Saluran 1 : Lembah Klang : http://upu.mohe.gov.my/
Saluran 2 : Selatan : http://www.jpt.utm.my/
Saluran 3 : Utara : http://www.jpt.uum.edu.my/
Saluran 4 : Sabah : http://jpt.ums.edu.my/
Saluran 5 : Sarawak : https://jpt.unimas.my/


Selamat Menyemak Keputusan Permohonan Anda.
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Muhibbah Mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.

Sunday 8 July 2012

cikgu tersentuh bila nampak gambar ni...share dgn anda..

BACA DAN RENUNGKANG...JIKA ANDA SAYANGKAN IBU DAN AYAH ANDA..SILA SHARE...

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab ki...ta belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah

Thursday 5 July 2012

Tidak ada alasan untuk malas..


Gambar seorang Remaja yang TIDAK PERNAH MENGELUH tentang nasibnya...apakah perasaan anda?

Wednesday 4 July 2012

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my/ atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Saturday 30 June 2012

Jangan anda putus asa! Teruskan usaha!

`
Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan....

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut...

 Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut....

JANGAN PUTUS ASA...BANGKAITKAN SEMULA  SEMANGAT ANDA!

Friday 29 June 2012

Friday 22 June 2012

Syabas & Tahniah kepada 2 pelajar STPM SMK MUhibbah tahun 2011 yang mendapat SHELL SCHOLARSHIP AWARD : CHIA CHEE HEE & AMAN ABDULLAH

Syabas & Tahniah !!! dua orang pelajar SMK Muhibbah STPM 2011 merupakan antara 35 pelajar Sabah yang mendapat SHELL SCHOLARSHIP AWARD.
 CHIA CHEE HEE akan melanjutkan pelajaran dalam bidang geosains di University of Bristol di UK pada bulan September ini. 
 AMAN ABDULLAH pula akan melanjutkan pelajaran dalam bidang petroleum  Engineering di Curtin University Sarawak pada bulan Julai.
Selamat Maju jaya kepada CHIA CHEE HEE & AMAN ABDULLAH!!!

Monday 11 June 2012

Syabas & Tahniah kepada pelajar lepasan SPM 2011 yang dapat tawaran matrikulasi

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar yang disayangi ......Selamat berkuliah...bagi pelajar DIPLOMA-ASASI-MATRIKULASI-TINGKATAN 6.. 1Malaysia Kembali ke sekolah!!!

Kejayaan Milik Hasil Usaha anda!!! Tahniah...selamat maju jaya!
Berikut nama Pelajar yang dikenalpasti, kalau ada yang tertinggal, sila maklumkan, terima kasih.
Asnia Binti Abtu
Azilnol Bin Jamaruddin
Debbie Michelle Thenu
Dg. Nurul Afiqah Binti Awang Tajudin
Ezza Sabrina Binti Azmi
Gerard B. Y Linggou
Iqbal Bin Azman
Mohamad Hafiz Bin Amran
Mohamad Hafizan Addli Bin Lamin
Mohammad Naim Firdaus Bin Zamanshah
Mohd Fikrul Hakim Bin Abdul Rahman
Nadia Aishah Binti Jamal
Nuranis Syamimi Binti Yusof
Nursherina Binti Amirullah
Puteri Khairunnisa Binti Alias 


SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANAK-ANAK MURID YANG DISAYANGI...