Saturday 12 May 2012

Selamat Datang ke Bilik Kaunseling (Bangunan Baru)

Bilik Kaunseling beroperasi di bangunan Baru sejak 16 April 2012 baru-baru ini.  Pihak Unit Bimbingan & Kaunseling mempelawa anda mengunjungi bilik kaunseling di bangunan baru blok pertama, tingkat satu. 
Bagaimana mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling?                       senang sahaja, buat temujanji dengan menulis nama penuh anda & tingkatan pada sekeping kertas dan masukkan ke dalam "Care for you" Mail box yang disediakan di depan pintu bilik kaunseling...Guru Kaunseling akan berjumpa anda.
Perkhidmatan bimbingan & kaunseling disediakan kepada semua pelajar.  terdapat dua jenis perkhidmatan, iaitu kaunseling individu & kaunseling kelompok.


Friday 4 May 2012

Khas Kepada Pelajar lepasan SPM & STPM

SOALAN: Bila UPU akan umumkan keputusan pemilihan ke IPTA/Politeknik/ILKA?

JAWAPAN:

Bagi calon lepasan SPM untuk kemasukan ke Asasi dan Diploma IPTA/Politeknik Premier, hebahan keputusan pada minggu pertama bulan Mei.

Bagi Lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma untuk kemasukan ke ijazah,keputusan pada minggu kedua bulan Julai.

Bagi kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ialah pada minggu ke empat bulan Mei.

Selamat Maju Jaya....UPU1
 
 
 
Soalan: Adakah permohonan saya untuk kemasukan ke program Asasi atau Diploma IPTA akan dibatalkan sekiranya saya menerima tawaran ke program Matrikulasi KPM?

Jawapan: Anda jangan keliru dengan KEPUTUSAN masuk Matrikulasi KPM yang telah diumumkan pada 25 April baru lalu oleh Kementerian Pelajaran. Tawaran untuk ke Matrikulasi KPM dan tawaran ke IPTA/Politeknik Premier adalah DUA tawaran yang berlainan. Anda boleh mendapat DUA tawaran. PILIHAN ditangan anda. Buatlah pilihan dengan BIJAK. Selamat maju Jaya.....UPU1
 
 
Ada pertanyaan. Jika saya tak dapat tawaran dari UPU, boleh buat rayuan tak? Jawabnya: Boleh. Rayuan juga secara on-linemelalui Laman web UPU....UPU1
 
URL Sistem: https://upu.mohe.gov.my/upu/onlineupu
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 8.0 ke atas dengan resolusi 1280x720

Kiranya anda masih tak faham juga..telefon UPU di 03 8870 6755, 8870 6766, 8870 6777 atau 8870 6767 waktu pejabat, isnin ke jumaat 8.00 pg ke 5.00ptg...kami cub mambantu..UPU1

  - UPU2-

Wednesday 2 May 2012

Pendaftaran PRAU SMK Muhibbah 2012

Kepada Pelajar yang mendapat tawaran kemasukan "Tingkatan Enam" yang juga dikenali sebagai PRAUNIVERSITI di SMK Muhibbah Tahun 2012, anda diminta mendaftar diri pada 8 May 2012 (Selasa), 9.00 pagi, di Makmal Kimia..Harap Maklum!!!

Tuesday 1 May 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA, SMU

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA, SMU
Ambilan Jun 2012

Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian (PISMP) ambilan khas bagi lulusan Unified Examination Certificate
(UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka mulai semalam,
23 April 2012.



Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan
Guru atau ramai yang menyebutnya Maktab Perguruan untuk mengikuti program
yang tawarkan bagi Ambilan Jun 2012.
Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan adalah dua yang berikut:

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah

Syarat Asas

Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas
30 Jun 1992.
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus
Bahasa Inggeris.
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Syarat Khas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di
sekolah rendah.
Mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat Sijil Senior Middle
Level (UEC-SML)
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan
selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan selama 4 tahun.
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus
dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu Komunikasi
Sejarah
Pendidikan Moral



Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di
sekolah rendah.
Mendapat sekurang-kurangnya 3 Jayyid di peringkat SMA atau SMU
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan
selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan selama 4 tahun.
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus
dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:

Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
Sejarah
Pendidikan Syariah Islamiah



Cara Memohon

Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian (PISMP)Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) hanya boleh
dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran
Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian PISMP Ambilan
2012 Lulusan UEC & SMA/SMU.
Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan
individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh
Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan
gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran
kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan (jika
ada) hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa
untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Ujian INSAK

Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori
Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada
kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan
keputusan ujian INSAK.
Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah
tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju
dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah
atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang
diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
Pendaftaran

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan
mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia pada 18 Jun 2012 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri
di IPG.

Tarikh-tarikh Penting:

23 April 2012
Permohonan Dibuka

2 Mei 2012
Permohonan Ditutup


14 Mei 2012
Semakan Temuduga

21 – 24 Mei 2012
Temuduga

5 Jun 2012
Semakan Tawaran

18 Jun 2012
Pendaftaran

**Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh
berubah mengikut keadaan.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan ditutup
pada 2 Mei 2012.
Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam
tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat
kepada pemohon.
Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan
Dalam Talian Ambilan Khas 2012 Lulusan UEC dan SMA/SMU untuk mendapatkan
maklumat lebih terperinci.
Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM
Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan 2011 sebagai panduan.
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila
hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245

URUS SETIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu,
Sabah
Telefon : 088 236804
URUS SETIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh
membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 mulai 25 April 2012.
serentak dengan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa
ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh
rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan
umum.


Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2012.
Secara sms dalam format MOE<jarak>T6< jarak>No. MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei
2012 (selasa).
Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan
membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan
ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid
dengan mengunakan Borang T6BKK.
Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan
umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke
Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua
Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri berkenaan.
Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat
Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan
pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran
Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk
pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan
ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak
tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka
perlulah membuat permohonan.

Maklumat

Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010,
Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai
Tingkatan Enam sebagai panduan.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke
Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau
mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.