Wednesday 15 February 2012

Life Without Limits, Limbless Nick Vujicic Get Married! 14 FEB 2012

Cabaran hidup lelaki tanpa tangan, kaki

DILAHIRKAN tanpa kaki dan tangan bukan penghalang kepada Nick Vujicic untuk menikmati hidup seperti insan lain yang normal.

Lelaki berusia 26 tahun ini hanya mempunyai badan. Apa yang menakjubkan dalam keadaan tanpa anggota tangan dan
kaki dia mampu bermain bola sepak, golf, berenang dan meluncur ombak.
Untuk membolehkan dia menyeimbangkan badan dan menyepak, Nick bergantung kepada kakinya yang kecil.
Kaki itu juga digu
nakan untuk menaip, menulis dengan pen dan mengangkat benda yang diperlukan.
"Saya panggilnya paha ayam," kata Nick berseloroh.
Dia dilahirkan di Melbourne, Australia, tetapi kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Saya mungkin tidak boleh hidup tanpanya (merujuk kepada kakinya yang kecil).
"Apabila berada dalam air saya mampu terapung kerana 80 peratus daripada badan saya ialah paru-paru. Kaki kecil saya ini bertindak sebagai kipas untuk menggerakkan badan," katanya.
Walaupun tidak bertangan dan kaki, Nick tetap mempunyai teman wanita. Tetapi disebabkan pegangan kepada ajaran Kristian Evangelical, Nic
k mahu kekal teruna sehingga berkahwin.
Menurut kawannya di Los Angeles, Steve Appel, Nick sentiasa dilamar oleh wanita untuk berkahwin.
"Dia mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi dia masih menunggu gadis yang sesuai," kata Steve.
Walaupun Nick kini mendapat perhatian di seluruh dunia, namun perjalanan hidupnya cukup sukar.
Ketika dilahirkan, bapanya terkejut sampai termuntah lalu meninggalkan bilik hospital.
Malahnya ibu sendiri sukar menerima hakikat itu dan tidak mampu memaksa diri untuk memegang atau memangku Nick sehingga dia berusia empat bulan.
Tidak ada penjelasan perubatan untuk menerangkan kecacatan yang dialaminya - kejadian yang jarang-jarang berlaku di panggil Phocomelia. Selama bertahun Nick serta ibu bapanya mempersoalkan kenapa perkara kejam itu berlaku pada mereka.
"Ibu saya seorang jururawat dan dia telah melakukan segala-galanya dengan betul sewaktu mengandung, tetapi dia tetap menyalahkan dirinya.
"Ia terlalu sukar untuk mereka tetapi sejak dari awal lagi mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan saya mampu berdikari.
"Bapa saya memasukkan saya ke dalam air ketika usia 18 bulan dan bagi semangat untuk saya berenang.
"Saya juga sangat suka bola sepak dan suka sangat dengan Liga Perdana England (EPL)," jelas Nick.
Bapa Nick adalah seorang pengaturcara komputer dan akauntan. Dia yang mengajar anak kecilnya itu menaip menggunakan ibu jari ketika berusia enam tahun.
Ibunya turut mencipta alat daripada plastik untuk membolehkannya memegang pen menulis.
Walaupun berhadapan dengan risiko untuk dibuli, ibu bapanya tetap
 menghantar Nick ke sekolah biasa dan bukannya ke sekolah khas.
"Itu merupakan keputusan terbaik yang mereka buat untuk saya. Ia sangat sukar tetapi membentuk saya untuk berdikari," kata Nick.
Dia berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam Perancangan Kewangan dan Hartanah.
Nick yang sering menjadi mangsa buli di sekolah, kini menggunakan kerusi roda elektrik untuk bergerak. Dia juga mempunyai pasukan untuk membantu kerjayanya.
"Ketika berusia lapan tahun, saya sangat tertekan. Saya pergi kepada ibu menangis dan memberitahu saya mahu bunuh diri.

"Saya rasa kecewa dan geram. Saya benci kepada tuhan kerana melakukan ini kepada saya. Saya ngeri memikirkan apa akan berlaku jika ibu bapa saya tiada lagi untuk menjaga saya.
"Mungkin saya boleh menggosok gigi dengan berus gigi yang dilekatkan pada dinding dan membasuh rambut dengan bekas syampu menggunakan pam. Tetapi terdapat terlalu banyak benda yang mustahil untuk saya lakukan," katanya.
Pada usia 10 tahun, Nick cuba melemaskan dirinya tetapi cubaan itu tidak berjaya.
"Saya rasa tidak ada gunanya jika kita rasa tidak berguna dan tidak ada kekuatan, sukar untuk bertahan," katanya.
Tetapi dengan bantuan pegangan agama, kawan-kawan dan keluarga, Nick berjaya melalui segala cabaran dan menjadi simbol antarabangsa dalam kejayaan hidup insan.
Peminat sukan bola sepak itu kini merupakan penceramah motivasi dan telah mengembara ke 24 buah negara dan telah bercakap kepada 110,000 orang.
"Pada usia 13 tahun saya membaca artikel dalam surat khabar tentang lelaki kurang upaya yang berjaya mencapai pelbagai kejayaan hebat dalam hidup dan membantu orang lain," ujarnya yang juga mampu bermain golf dengan meletakkan kayu golf di bawah dagunya.

"Saya sedar tuhan menjadikan kita seperti ini - untuk memberi harapan kepada orang lain. Ia sangat memberi inspirasi kepada saya dan memutuskan untuk menggunakan hidup saya untuk memberi harapan kepada orang lain, seperti mana yang saya da
pat dari artikel itu.
"Saya memutuskan untuk bersyukur dengan apa yang saya ada, bukan merasa marah tentang apa saya tidak miliki.
"Saya melihat diri sendiri dalam cermin dan berkata: Dunia betul bahawa saya tidak mempunyai tangan dan kaki tetapi mereka tidak boleh mengambil kecantikan pada mata saya.
"Saya tumpukan pada perkara baik yang saya ada," jelasnya.
Pada tahun 1990 Nick dianugerahkan Remaja Australia Terbaik kerana ketabahan dan keberaniannya.
"Apabila kanak-kanak berlari kepada saya dan bertanya: "Apa yang berlaku?' Saya hanya membisik 'rokok', dia ketawa.
"Ada sekali ketika saya dalam kereta, ketika di lampu isyarat seorang budak perempuan melihat saya satu macam. Dia hanya dapat lihat kepala saya, jadi saya memutuskan untuk membalikkan badan 360 darjah dalam kereta untuk takutkannya.
"Mukanya pucat seperti bertanya apa yang berlaku, dan terus berlal
u," ujar Nick.
Nick mula menjelajah dunia pada 2008. Dia pergi ke Hawaii dan menghabis masa dengan pakar luncur ombak Bethany Hamilton, yang hilang sebelah tangan akibat digigit jerung ketika berusia


Meluncur ombak di Hawaii bersama jurulatih Bethany Hamilton yang hilang satu tangan akibat digigit jerung.

 12 tahun.
Menurut Nick, Bethany amat mengagumkan. Dia mengajar Nick meluncur ombak. "Agak menakutkan pada mulanya, tetapi apabila sudah cuba saya rasa cukup hebat," katanya.
Malah dia mampu melakukan pusingan 360 darjah di atas papan luncurnya - sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh peluncur lain.
"Saya mempunyai pusat graviti yang rendah jadi saya memiliki keseimbangan yang agak baik," jelasnya.
Dia pindah ke Los Angeles dua tahun lalu dan merancang untuk terus menjelajah dunia. Tahun ini Nick merancang untuk melawat Amerika Selatan dan Asia Barat.
"Saya memberitahu setiap orang untuk terus bangun apabila mereka jatuh dan selalu sayangkan diri sendiri.
"Bagi saya, jika saya boleh memberikan galakan kepada seorang sahaja pun, maka kerja saya dalam hidup ini sudah selesai," katanya.


Saturday 11 February 2012

Dreams Can Take You Anywhere

People are great because they have achievable DREAMS. So every one of us should have our own dreams. Only when we are well-prepared, we can have the confidence of achieving success. otherwise, even if we have a great drem but do not TAKE AN ACTION TO REALIZE IT,it is nothing but a daydream. It is like dreaming while sleeping...
May your dreams comes true...

Sunday 5 February 2012

Karnival Jom Masuk U

http://www.facebook.com/BPKP.JPT
Ingin sambung belajar di IPTA/IPTS/Politeknik/ILKA(kemahiran)..?Keliru dalam membuat pilihan program pengajian..?Perlukan bantuan mengemukakan permohonan..?Kami sedia membantu..datang lah beramai-ramai join Karnival Jom masuk U pada 11&12 Februari 2012 di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu.