Saturday 27 April 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 boleh disemak di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Permohonan anda ke IPTA masih akan diproses seperti biasa walaupun anda telah berjaya mendapat tawaran di Matrikulasi
KPM.

Rayuan ke Program Matrikulasi KPM dibuka secara online mulai 25 April 2013 sehingga 9 Mei 2013 secara online dan keputusan rayuan akan diumumkan pada awal bulan Jun 2013.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan

Wednesday 24 April 2013

SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014 BOLEH DIBUAT PADA HARI INI DALAM PORTAL KPM

 
 
SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014 BOLEH DIBUAT PADA HARI INI DALAM PORTAL KPM DI ALAMAT http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/...

BAGI PELAJAR YANG TIDAK BERJAYA :
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Sesi 2013/2014 boleh membuat RAYUAN SECARA ONLINE mulai 24 April sehingga 14 Jun 2013 .
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 14 Jun 2013 tidak akan dipertimbangkan.

* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2012 ini.

Monday 8 April 2013

CAREER & EDUCATION FAIR 2013

TERIMA KASIH atas sokongan semua pihak dalam menjayakan Career & Education Fair SMK Muhibbah 2013
 
 
 
 
 

Wednesday 3 April 2013

Sertai kami dalam Career & Education Fair SMK Muhibbah 2013

 

Program ini terbuka kepada komuniti, pelajar lepasan sekolah, ibu bapa dan pelajar.

Untuk makluman, lebih daripada 20 unit termasuk agensi kerajaan dan IPTA & IPTS akan datang bersama pada hari tersebut.  Antaranya: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPA) kota kinabalu, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sabah (JKKP), Jabatan Tenaga Kerja Sandakan (JTK), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN), Politeknik Sandakan Sabah, Kolej Kejururawatan Sandakan, Giatmara Sandakan, Tunku Abdul Rahman College (TAR), Open University Malaysia, RJ Education Service, EduQuest Education, Kolej Poly-Tech MARA (Sempurna), Masterskill Global College, Kolej Antarabangsa ASEANA, Top English Centre (TEC), Gloria Beauty Training Academy, INTI college, Kinabalu Commercial College (KCC), Inter-Excel college, Kolej Islam Sains &Teknologi (KIST), ICAN college, KIARA college....
Sertai kami dalam Career & Education Fair SMK Muhibbah 2013 pada 08 April 2013 (Isnin).
Jangan lepaskan peluang keemasan ini....

Monday 1 April 2013