Saturday 24 March 2012

Salah satu faktor kejayaan

Tips Motivasi : Salah satu faktor kejayaan adalah dengan bertanya sesuatu yang positif kepada diri sendiri seperti dibawah.

Soalan Negatif : Kenapa dan mengapa aku selalu gagal?

Soalan Positif : Bagaimana dan dimana aku boleh mencari serta menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang aku ceburi?

Cuba renungkan, soalan yang mana anda rasa boleh memotivasikan?.

Thursday 22 March 2012

SPM bukan satu penghujung dalam kehidupan kita!!!


Keputusan SPM & STPM 2011 telah diumumkan baru-baru ini..Tahniah diucapkan pada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan bersedih. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan.

Ingatlah, A yang banyak dalam SPM tak bermakna anda akan berjaya dalam hidup. Adanya, mereka yang dapat A yang banyak dalam SPM akan mula leka dan lalai bila masuk ke IPTA... Mula berfikir, “alah, aku kan pandai. Buat apa nak belajar”. Disini, admin tak kata semua dan tidak bermakna semua begitu ya....

Tak cemerlang dalam SPM bukan bermakna tidak akan berjaya dalam hidup. Salah seorang pak cik admin pernah menceritakan yang dia adalah seorang yang lembab masa sekolah. Keputusan tidak cemerlang dan sering diejek oleh orang sekeliling termasuk anak saudara dia yg sebaya atau lebih tua dari dia. Sekarang, dalam umurnya awal 40-an, admin boleh katakan yang dia paling berjaya dalam adik-beradiknya. Mempunyai banyak aset yang berharga berbanding adik-beradik dan saudara terdekat.

Jadi, admin rasa, kurang-kurangkan tanya soalan “Berapa A?” atau jangan tanya lansung. Gantikan dengan soalan “macam mana keputusan” atau apa saja yang tidak menyentuh bilangan A. Kurangkan tekanan pada para pelajar ini kerana bilangan A tidak penting. Harapan, tidak ada lagi kes bunuh diri, tekanan mental atau apa saja yang berpunca dari keputusan peperiksaan.

Kepada semua pelajar yang disayangi, teruskan belajar untuk hidup, bukan untuk peperiksaan!!!