Monday 20 February 2012

Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia

1 comment:

  1. SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menawarkan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2012/2013 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut. Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

    Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.
    1.0 SYARAT-SYARAT AM

    1.1 Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
    1.2 Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
    1.3 Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
    1.4 Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
    1.5 Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.

    2.0 PANDUAN PEMOHONAN

    Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
    2.1 Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN
    2.2 Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap
    a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
    b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
    c. Ruang G. Perakauan
    d. Ruang H. Pengesahan
    2.3 Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada
    PENGARAH
    BAHAGIAN SUKAN
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN
    sebelum tarikh tutup permohonan
    Nota Penting :

    Kegagalan pihak Jabatan menerima borang lengkap yang diposkan seperti perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal


    Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.


    Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.


    3.0 SYARAT -SYARAT KHAS

    A. ALIRAN SAINS
    1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
    2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
    Biologi
    Fizik
    Kimia
    Matematik Tambahan
    Teknologi Maklumat
    Perdagangan
    Ekonomi Asas
    Prinsip Akaun
    Bahasa Inggeris
    Lukisan Kejuruteraan
    Rekacipta
    Teknologi Kejuruteraan

    B. ALIRAN SASTERA IKHTISAS
    1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan

    2.Lulus 2 mata pelajaran berikut :
    Perdagangan
    Ekonomi Asas
    Prinsip Akaun
    Bahasa Inggeris
    Lukisan Kejuruteraan
    Rekacipta
    Teknologi Kejuruteraan
    Sains Tambahan
    Teknologi Maklumat
    Biologi
    Fizik
    Kimia

    Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

    Pengarah
    Bahagian Sukan
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E
    Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 W.P Putrajaya


    Puan Norhamimi bt. Othman - 8884 1035
    ( emel : norhamimi@moe.gov.my )

    Puan Noor Hamizha Abd Hamid - 8884 1006
    ( emel : hamizha@moe.gov.my )

    ReplyDelete