Wednesday 31 October 2012

perhatian kepada semua pelajar SPM 2012& STPM 2012

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

Harga pin number yang dijual di BSN
lepasan SPM/setaraf RM10.60
lepasan STPM RM15.60


Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik(TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA).
 
No. Telefon UPU : 03-8870 6767 / 03-8870 6777
Isnin - Jumaat WAKTU PEJABAT
(Kecuali cuti am / cuti umum)


 

No comments:

Post a Comment