Tuesday, 1 May 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh
membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 mulai 25 April 2012.
serentak dengan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa
ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh
rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan
umum.


Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2012.
Secara sms dalam format MOE<jarak>T6< jarak>No. MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei
2012 (selasa).
Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan
membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan
ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid
dengan mengunakan Borang T6BKK.
Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan
umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke
Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua
Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri berkenaan.
Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat
Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan
pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran
Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk
pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan
ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak
tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka
perlulah membuat permohonan.

Maklumat

Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010,
Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai
Tingkatan Enam sebagai panduan.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke
Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau
mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.


No comments:

Post a Comment