Saturday, 12 May 2012
Selamat Datang ke Bilik Kaunseling (Bangunan Baru)
Bilik Kaunseling beroperasi di bangunan Baru sejak 16 April 2012 baru-baru ini. Pihak Unit Bimbingan & Kaunseling mempelawa anda mengunjungi bilik kaunseling di bangunan baru blok pertama, tingkat satu.
Bagaimana mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling? senang sahaja, buat temujanji dengan menulis nama penuh anda & tingkatan pada sekeping kertas dan masukkan ke dalam "Care for you" Mail box yang disediakan di depan pintu bilik kaunseling...Guru Kaunseling akan berjumpa anda.
Perkhidmatan bimbingan & kaunseling disediakan kepada semua pelajar. terdapat dua jenis perkhidmatan, iaitu kaunseling individu & kaunseling kelompok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment