Ingatlah, A yang banyak dalam SPM tak bermakna anda akan berjaya dalam hidup. Adanya, mereka yang dapat A yang banyak dalam SPM akan mula leka dan lalai bila masuk ke IPTA... Mula berfikir, “alah, aku kan pandai. Buat apa nak belajar”. Disini, admin tak kata semua dan tidak bermakna semua begitu ya....
Tak cemerlang dalam SPM bukan bermakna tidak akan berjaya dalam hidup. Salah seorang pak cik admin pernah menceritakan yang dia adalah seorang yang lembab masa sekolah. Keputusan tidak cemerlang dan sering diejek oleh orang sekeliling termasuk anak saudara dia yg sebaya atau lebih tua dari dia. Sekarang, dalam umurnya awal 40-an, admin boleh katakan yang dia paling berjaya dalam adik-beradiknya. Mempunyai banyak aset yang berharga berbanding adik-beradik dan saudara terdekat.
Jadi, admin rasa, kurang-kurangkan tanya soalan “Berapa A?” atau jangan tanya lansung. Gantikan dengan soalan “macam mana keputusan” atau apa saja yang tidak menyentuh bilangan A. Kurangkan tekanan pada para pelajar ini kerana bilangan A tidak penting. Harapan, tidak ada lagi kes bunuh diri, tekanan mental atau apa saja yang berpunca dari keputusan peperiksaan.
Kepada semua pelajar yang disayangi, teruskan belajar untuk hidup, bukan untuk peperiksaan!!!
No comments:
Post a Comment